Seminar Tamadun, Etnik & Turath Islami (i-STET) 2017

Laman Utama

Kiraan Hari

i-STET201730 September 2017
Program i-STET2017 bermula!

PENGANJUR

06 798 0212/ 0213
Waktu Operasi: 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat: 12.45 tengahari - 2.00 petang
Advertisements

“Memartabatkan Turath Islam,  Memacu Tamadun Multi Etnik”

Ucaptama

Tamadun Islam yang melatari kepelbagaian etnik dalam masyarakat di Asia dan Malaysia secara khusus menjadi sebahagian daripada tarikan perbahasan peradaban oleh para ilmuan dan cendekiawan. Peningkatan peranan masyarakat Islam Asia dalam aspek sejarah, tamadun, budaya, pendidikan, sosial, sains teknologi, ekonomi dan lain-lain mendorong kepada keperluan untuk membahas dan mengupas isu-isu masakini dengan lebih mendalam bagi mendapatkan idea-idea yang baru dan segar sekaligus menyumbang kepada perkembangan ilmu.

Dalam konteks pengajian ilmu Turath Islam, ia merupakan satu identiti unik USIM. Selaras dengan matlamat integrasi ilmu naqli dan aqli, pembudayaan pengajian Turath Islam bukan sahaja terhad dalam sesi perkuliahan yang formal, malah ia perlu dibudayakan dan diperkenalkan di luar perkuliahan termasuklah kepada masyarakat umum.

Oleh itu, seminar ini menjadi satu daripada platform interdisiplinari diskusi ilmu antara ilmuwan, pelajar dan masyarakat bagi mewujudkan kerangka berfikir yang bersesuaian dengan pengalaman sejarah, tradisi dan tuntutan agama mengenai hal ehwal Tamadun Islam, Tamadun Asia dan Hubungan Etnik serta pengajian Turath Islam.

Seminar ini memberi peluang penyertaan pembentang dari bidang Sosial Sains merangkumi perbahasan di dalam hal ehwal Pengajian Islam, Ekonomi, Politik, Bahasa & Komunikasi, Sains dan Teknologi, Warisan Kebudayaan Asia, Hubungan Etnik, Pengajian Turath Islam dan lain-lain yang berkait dengan Sejarah, Tamadun Islam, Tamadun Asia, Hubungan Etnik dan Turath Islam dalam mencapai objektif pendidikan bersepadu bagi membina masyarakat majmuk pelbagai budaya di negara Malaysia.

Advertisements